Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Bekas peniaga komputer terkejut keretanya ditembak

$
0
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas peniaga barangan komputer semalam terkejut apabila menemui dua kesan tembakan pada kenderaannya yang diparkir dalam kawasan pagar rumah di Jalan U5/8 Mutiara Subang, Sungai Buloh dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata mangsa yang berusia 58 tahun itu hanya menyedari kenderaan jenis sport utility (SUV) tersebut ditembak pada jam 8 pagi ketika mahu menggunakan SUV berkenaan.

“Sejurus keluar rumah, mangsa melihat cermin belakang keretanya telah pecah dan terdapat satu lubang kesan tembakan di bahagian bonet dan satu lagi di bahagian stereng,” katanya yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi.

Katanya mangsa tidak mendengar sebarang bunyi letupan atau tembakan namun ada dimaklumkan oleh anak lelakinya yang terdengar bunyi letupan sebanyak dua kali kira-kira jam 1.30 pagi.

Anak mangsa kemudian memeriksa keadaan di dalam rumah namun tidak menemui sebarang keganjilan, katanya.

Junaidi berkata mangsa kini tidak lagi bekerja selepas berhenti menjalankan perniagaan komputer sejak lebih setahun lalu dan polis sedang menyiasat motif kejadian. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles