Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Ambil peluang penubuhan pasukan sukarelawan polis

$
0
0

KUCHING: Ahli Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) yang berusia 45 tahun dan ke bawah disaran menyertai pasukan sukarelawan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu agensi penguat kuasa itu menangani masalah sosial dan jenayah dalam kalangan belia.

Setiausaha Agung SABERKAS Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penglibatan belia dalam pasukan sukarelawan polis akan menjadikan mereka generasi muda berdisiplin dan mempunyai semangat patriotik tinggi.

“SABERKAS mula ditubuhkan pada 1973 dan sehingga kini ia mempunyai kira-kira 130,000 ahli di seluruh negeri dan kebanyakan adalah belia berusia 45 tahun dan ke bawah.

Kita mahu golongan ini memainkan peranan penting dalam pembangunan berskala besar.

“Justeru, ahli muda SABERKAS mesti melihat penubuhan unit sukarelawan polis sebagai peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, sama ada sudah bekerja atau belum,” ujarnya pada Program Pendaftaran Kemasukan Sukarelawan Polis (PVR) di Kompleks Belia dan Sukan di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, SABERKAS sentiasa menyokong penganjuran aktiviti yang melibatkan ahlinya terutama dalam sektor ekonomi dan pertanian secara komersil.

Ketika ini, katanya, SABERKAS telah mewujudkan Pusat Latihan Pertanian Moden di Muara Tuang dekat sini bagi melatih ahli-ahlinya yang berminat menceburi sektor pertanian secara komersil.

Program itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama PDRM dan SABERKAS dan kira-kira 300 belia mendaftar diri untuk menyertai pasukan itu semalam.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>