Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kembara promosi keamanan S’wak

$
0
0

KUCHING: Kembara Jejak Merdeka dari Kuching ke Pontianak yang disertai 50 buah motosikal berkuasa tinggi sempena 50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia menjadi platform mempromosikan keamanan dan kesejahteraan negeri ini di rantau Kalimantan Barat, Indonesia.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, selain menyemai semangat patriotik di kalangan rakyat tempatan, kembara itu dapat dijadikan landasan terbaik mempromosikan Sarawak sebagai lokasi yang selamat.

“Kita berharap penganjuran kembara ini membawa mesej yang baik selain memberi gambaran yang jelas kepada warga di Kalimantan Barat tentang kemakmuran yang telah dikecapi sepanjang 50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia.

“Pada masa sama, program ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia,” katanya pada sidang media Kembara Jejak Merdeka (Kuching-Pontianak) di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini semalam.

Kembara Jejak Merdeka itu dianjurkan Borneo Island Big Bikers (BIBB) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dari 29 November hingga 2 Disember.

Karim yang juga Menteri Muda Perumahan berkata, kembara itu juga dapat menyemai rasa cinta akan kemerdekaan yang telah dikecapi di kalangan peserta konvoi.

“Kita amat menyokong program seperti ini kerana ia memberi kesan yang baik terhadap peserta dan secara tidak langsung kepada rakyat di Sarawak,” tambahnya.

Pada masa sama, Karim menasihat agar kesemua peserta menjaga tingkah laku dan keselamatan diri sepanjang perjalanan pergi dan balik.

“Saya berharap semua peserta dalam keadaan baik dan selamat dalam misi ini,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden BIBB Azri Nor berkata, sepanjang kembara tersebut, pelbagai program kemasyarakatan turut diadakan.

“Kita akan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang konvoi ini dan pada masa sama kita juga telah menyusun atur program kemasyarakatan dalam bersama-sama membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Tetap KPS Affandi Keli dan barisan peserta Kembara Jejak Merdeka Kuching-Pontianak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>