Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Sabah kaya suku budaya

$
0
0

Masidi (tengah) melancarkan Buku Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah terbitan DBP.

KOTA KINABALU: Negeri Sabah bukan sahaja istimewa kerana keindahan flora dan faunanya, lautannya yang bersih serta kaya dengan pelbagai spesis hidupan laut, pulau-pulau yang memukau pelancong, tetapi Negeri Di Bawah Bayu ini juga kaya dengan kepelbagaian suku dan budayanya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata keindahan geografi dan keunikan budaya ini bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh para pengkaji dan para pelancong, bahkan saya kira ia juga wajar dimanfaatkan oleh para karyawan dan sasterawan tempatan dalam penghasilan pelbagai bentuk karya.

Katanya kepelbagaian etnik di Sabah telah memberikan warna-warni kepada sosio-budaya dan cara hidup masyarakat di negeri ini. Malahan, seringkali negeri kita diberikan contoh sebagai model kehidupan masyarakat yang menepati ciri 1Malaysia.

Saya yakin khazanah alam semulajadi milik kita ini akan menjadi lebih bermakna jika dirakamkan dalam bentuk penulisan, sama ada kreatif mahupun ilmiah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Buku Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah terbitan DBP di Hotel Hyatt Regency di sini kelmarin.

Masidi berkata kerajaan negeri Sabah amat menyokong pelbagai usaha yang dijalankan oleh pelbagai agensi atau institusi dalam memastikan martabat bahasa dan budaya suku kaum di negeri ini terus dipulihara.

“Saya amat menghargai usaha DBP, khususnya DBP Cawangan Sabah menerbitkan buku dalam pelbagai bidang hasil tulisan penulis di negeri ini.

“Saya yakin kita mempunyai ramai penulis yang berupaya mengembangkan pemikirannya untuk pembangunan bangsa dan negara.

“Malahan, kita berharap selepas ini akan muncul lagi penulis mapan dari negeri Sabah yang mampu meraih pelbagai anugerah seperti Anugerah SEA Write Award, selepas Allahyarham Datuk Haji Ismail,” katanya.

Sehubungan itu, Masidi berharap penulis-penulis di Sabah, sama ada penulis karya kreatif atau bukan kreatif, terus berusaha gigih menjadi penulis yang karyanya mampu diangkat di peringkat nusantara dan antarabangsa.

Katanya penulis memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan nasib dan masa depan khazanah bangsanya terus dilestarikan oleh generasi akan datang.

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>