Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pemuda dipenjara kerana terima harta curi

$
0
0

MIRI: Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan dengan curang menerima sebuah telefon bimbit curi.

Majistret Lovely Natasha Charles kemudian memerintahkan hukuman penjara yang dikenakan ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan.

Robert Jalan Albert Mangsa, 20, dari Jalan Pujut 1 di sini telah dituduh dengan curang telah menerima atau menyimpan harta curi iaitu satu unit telefon bimbit jenama HTC kepunyaan Sia Ting Lee.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.30 petang, 20 November lalu di sebuah rumah di Pujut 6, Jalan Jerami 3 di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>