Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

20 perenang Miri sedia cabar juara kejohanan antara kelab

$
0
0

KAMI BERSEDIA: Barisan perenang MASA yang akan mencabar pada Kejohanan Renang Antara Kelab Cabaran Piala Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai.

MIRI: Seramai 20 perenang dari Miri akan menggalas tanggungjawab untuk merangkul gelaran juara pada Kejohanan Renang Antara Kelab Cabaran Piala Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai.

Presiden Persatuan Renang Amatur Miri (MASA) Rofiza Morshidi berkata, pihaknya menghantar atlet terbaik bagi menghadapi kejohanan terbabit dan menyasarkan gelaran juara keseluruhan.

“Rata-rata atlet kita berpengalaman dan pernah menyertai pertandingan renang yang lain sebelum ini dan kita berharap dengan pengalaman mereka, kita mampu meraih gelaran juara,” katanya di sini, semalam.

Rofiza memberitahu, selain mempunyai pengalaman, kesemua atlet yang dipilih mewakili Miri juga berada di tahap terbaik dan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi kejohanan itu.

“Mereka telah menjalani latihan beberapa bulan di bawah kelolaan jurulatih kita dan sepanjang pengamatan saya, mereka sudah bersedia memberi saingan sengit pada hari itu nanti,” katanya.

Menurutnya, kejohanan terbabit akan berlangsung di Pusat Kecemerlangan Akuatik Kuching pada 30 November hingga 1 Disember ini.

Selain MASA, kejohanan itu akan disertai oleh Persatuan Renang Amatur Kuching (KASA), Persatuan Renang Kota Samarahan (KOTAS), dan Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA).

“Kita menjangkakan pertandingan yang sengit kerana kesemua kelab renang ini akan menghantar atlet terbaik mereka, malah ada di kalangan atlet ini turut berpengalaman selepas pernah terlibat dalam pertandingan renang lain sebelum ini,” ujarnya.

Meskipun begitu, beliau melahirkan keyakinan bahawa atlet MASA akan mencipta kejutan dan memberi saingan sengit kepada atlet-atlet lain yang bertanding.

Bagi kategori lelaki, MASA akan diwakili Tang Chong Heng, Yu Ming Shen, Mohd Fatihin Nasrullah, Chin Siew Yu, Lee Yee Yong, Alister Lee Chang Lin, Cheng Yi Xuan, Donovan Tan.

Selain itu, Chin Xue Kang, Nelson Impin Nyambar, Muhd Naqed Rosli dan Yap Sung Yang.

Bagi kategori wanita pula, Miri diwakili Leong Wan Ying, Gwendolen Rema, Angeline Chin Si Jie, Erica Evelyn Tan, Chin Chia Mon, Teresa Yung Chung Kiing, Joyce Jol Riboh dan Leong Wan Mei.

Kesemua atlet ini akan berangkat ke Kuching dalam masa terdekat dan mereka akan diiringi jurulatih iaitu Mandu Nyungkan dan Jilihi Serman.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>