Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

JPJ Sri Aman, Betong anjur pertandingan badminton

$
0
0

ERAT HUBUNGAN: Abang Mohd Hashim (berdiri lima kanan) merakamkan kenangan bersama pemenang pasangan beregu lelaki selepas berakhirnya pertandingan berkenaan.

SRI AMAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bahagian Sri Aman dan Betong menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup JPJ Sri Aman dan Betong di Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman di sini, baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang itu disertai seramai 13 beregu yang terdiri daripada 10 beregu lelaki dan tiga beregu wanita.

Bagi kategori lelaki, johan telah disandang oleh pasangan Mastuti Jais dan Maradona Bidun dari JPJ Betong, manakala naib johan Mohd Nazry Abang Tamizi dan Mohd Rashidy Tarmimi dari JPJ Sri Aman dan tempat ketiga Hudson Anthony dan Ahmad Faieq Alimuda dari JPJ Betong.

Bagi wanita, juara ialah pasangan Julia Julaihi dan Rohany Jimbun dari JPJ Sri Aman, tempat kedua disan dang oleh Noraina Suhai dan Jane Esther Edward manakala tempat ketiga Radziah Ikeram dan Marylyn Kembang Larry Basok.

Terdahulu, majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan disempurnakan bersama oleh Timbalan Ketua Cawangan JPJ Sri Aman, Juti Dunggau dan Ketua Cawangan JPJ Betong, Abang Mohd Hashim.

Tiga pemenang teratas pertandingan membawa pulang hadiah berupa piala, pingat serta sijil penyertaan manakala yang lain menerima sijil penyertaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>