
APA KHABAR?: Taib bersalaman dengan ketua masyarakat Orang Ulu dari Baram yang mengadakan kunjungan hormat di DUN semalam. — Gambar Cimon Upon
Pembinaannya akan memperbanyakkan sumber ekonomi penduduk setempat: Joseph
KUCHING: Pembinaan Empangan Baram penting bagi memastikan kawasan itu dapat dimajukan dalam usaha kerajaan menyediakan peluang ekonomi kepada masyarakat di situ.
Jurucakap penduduk dari kawasan Baram, Temenggung Joseph Ngau Lian memberitahu bahawa penduduk setempat amat menyokong pembinaan empangan itu kerana ia akan memperbanyakkan sumber ekonomi penduduk.
“Sekarang ini sumber eko-nomi penduduk hanya ber- asaskan balak, getah dan lada… dengan pembinaan itu ia bakal memberi peluang pekerjaan yang lebih luas kepada masya-rakat setempat.
“Malah, ia dapat menarik anak-anak muda di kawasan Baram yang telah berhijrah ke bandar atau kawasan lain untuk mencari pekerjaan, kembali semula ke situ,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.
Joseph memberitahu, pembinaan empangan itu juga perlu supaya masyarakat di kawasan terbabit dapat menikmati kemajuan yang dibawa selain menyediakan suasana kehidupan yang lebih baik seiring dengan arus pembangunan di negeri ini.
“Kerajaan juga telah dan akan menyediakan penempatan yang lebih baik selain membina bandar baharu di sini sebaik sahaja empangan itu siap kelak,” tambahnya.
Kunjungan hormat itu disertai kira-kira 50 ketua ma-syarakat Orang Ulu dari kawasan Baram dan sekitarnya.
Sementara itu, seorang lagi ketua masyarakat Lucas Kalang Laeng turut memberitahu bahawa majoriti masya-rakat di kawasan berkenaan menyokong pembinaan empangan tersebut.
“Kami menyambut baik pembinaan empangan ini ke-rana ia membuka peluang pekerjaan yang luas kepada anak-anak muda di situ,” ujarnya.