Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Liga Malaysia 2015 janjikan saingan sengit

$
0
0

KUALA LUMPUR: Kempen Liga Malaysia (Liga M) 2015 yang akan membuka tirai menerusi perlawanan Piala Sumbangsih di Larkin, Johor, hari ini bakal menjanjikan saingan sengit bagi pasukan yang bertanding memburu mahkota kejuaraan bola sepak tanah air itu.

Merancakkan lagi saingan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku pentadbir bola sepak negara, telah melakukan transformasi terhadap liga berkenaan, antaranya memperkenalkan empat pemain import termasuk satu kuota pemain benua Asia dalam setiap perlawanan musim ini.

Langkah ke hadapan FAM itu adalah bagi merealisasikan hasrat badan induk itu untuk menswastakan liga berkenaan menjelang 2016, agar menjadi lebih kompetitif dan antara terbaik di rantau Asia.

Saingan Liga M 2015 bermula menerusi perlawanan Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Piala Malaysia, Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, hari ini.

JDT pastinya ingin membalas dendam kepada skuad Tok Gajah pada aksi final Piala Malaysia 2014, selepas tewas 3-5 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa penuh perlawanan.

Tumpuan peminat tempatan juga terarah ke aksi Liga Premier dan Liga Super yang bakal bermula pada 6 dan 7 Februari, dengan saingan hebat bakal ditampilkan pasukan bertanding menerusi pelaburan mencecah jutaan ringgit bagi merangkul kejuaraan.

Kehadiran juara dan naib juara Liga Perdana 2014, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Felda United FC (FUFC) dalam saingan Liga Super 2015 juga perlu diberi perhatian.

Selain itu, kemasukan juara Liga FAM, Kuantan FA dari Pahang dan Kuala Lumpur ke Liga Premier musim ini, semestinya menjanjikan aksi mendebarkan di samping sasaran menggunung beberapa pasukan negeri seperti Kedah dan Negeri Sembilan Matrix yang meletakkan sasaran beraksi pada Liga Super 2016. — Bernama

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>