Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

PPKS fokus kebajikan ahli

$
0
0

DERMA: Dennin (tiga kanan) menyampaikan derma kepada Asmah sambil disaksikan oleh ahli PPKS Miri semasa lawatan mereka kelmarin.

MIRI: Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPKS) Cawangan Miri, Dennin Fredericks berkata, kebajikan ahli-ahlinya adalah menjadi keutamaan persatuan berkenaan.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika mengulas tentang peranan persatuan termasuk aspek akademik anak-anak ahli.

“Kami akan memberi insentif kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam pelajaran.

“Kami juga menganjurkan sesi pemeriksaan kesihatan untuk ahli,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Pada Mei tahun ini, PPKS merancang menganjurkan bicara kesihatan khasnya tentang penyakit kencing manis dan jantung untuk ahli.

Usaha tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran ahli agar menitikberatkan kesihatan tubuh dan amalan cara hidup sihat.

“Kami juga akan menghulurkan bantuan kepada keluarga ahli yang meninggal dunia. Ini sebagai tanda keprihatinan kami terhadap mereka,” tambah beliau.

Mengulas tentang kerja membaik pulih rumah PPKS di Piasau Camp, Dennin berkata kerja-kerja memotong rumput dan membersihkan persekitaran rumah sedang dilakukan sekarang.

Persatuan itu juga akan menyambung kembali sumber bekalan elektrik dan air di rumah tersebut.

Semalam, PPKS menghulurkan sumbangan derma kepada Asmah Mamud iaitu balu kepada Allahyarham Amit Sarip yang meninggal dunia bulan lalu.

Asmah turut menerima sumbangan peribadi ahli semasa lawatan mereka ke kediamannya di Desa Indah Tiga.

Mengulas tentang keahlian, Dennin amat mengalu-alukan sokongan dan kerjasama bekas-bekas pesara kerajaan di sini menyertai persatuan.

“Sekarang persatuan kami dianggotai 400 ahli dari Miri, Bekenu dan Marudi. Sasaran kita ialah seramai 1,000 ahli,” katanya.

Maklumat lanjut tentang PPKS Miri boleh menghubungi Dennin di talian 016-8729209.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>