Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

KPDNKK mahu agensinya tingkat kerjasama dengan NGO

$
0
0

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDPNKK) mahu semua agensi di bawah kementerian itu meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan maklumat mengenai permasalahan yang dihadapi pengguna.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata adalah penting untuk bekerjasama dengan NGO kerana mereka merupakan pihak yang dekat dengan pengguna dan mampu menyalurkan maklumat kepada KPDNKK.

“Memang kita sentiasa bekerjasama dengan NGO sekarang ini, tapi saya telah arahkan semua agensi di bawah KPDNKK untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan baik itu bagi membolehkan kita mendapat lebih banyak maklumat daripada mereka.

“Kita mahukan maklumat mengenai pengguna terutama berkaitan harga barang dan permasalahan berbangkit. Saya percaya NGO-NGO yang ada dapat membantu KPDNKK untuk mengatasi masalah-masalah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Berbasikal Untuk Alam Sekitar Yang Bersih di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa, di sini semalam.

Lebih 1,000 peserta menyertai kempen anjuran bersama KPDNKK, Jabatan Alam Sekitar, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang itu.

Sementara itu, Hasan berkata beliau akan membawa cadangan untuk mengadakan kempen berbasikal seperti hari ini (semalam) sebagai program tahunan dan diadakan di seluruh negara ke mesyuarat jemaah menteri.

Katanya program seperti itu sangat baik kerana selain menyihatkan badan ia juga mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain serta meningkatkan perpaduan antara kaum.

“Berbasikal bukan sahaja dapat menyihatkan badan tetapi saya lihat hari ini (semalam) ia juga boleh meningkatkan perpaduan antara kita kerana pelbagai kaum menyertainya dan saya akan bawa kepada pengetahuan jemaah menteri untuk dibincangkan ia dijadikan program tahunan di seluruh negara,” katanya. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>