Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Lima berpakat curi di kedai runcit

$
0
0

DIRAKAM: Dua wanita yang dipercayai mencuri barangan runcit bergegas keluar dari kedai.

MENCURIGAKAN: Seorang lelaki (kiri) cuba mengalih pandangan juruwang dipercayai bersekongkol mencuri barangan dalam kedai runciti di Batu 8 pagi semalam.

Rakaman CCTV tunjukkan aksi mencurigakan dua lelaki dan tiga wanita

SIBU: Sebuah kedai runcit di Batu 8 Jalan Oya dekat sini dipercayai mengalami kerugian ratusan ringgit selepas pelbagai barangan runcit berjaya dilarikan oleh sekumpulan lima pencuri, awal pagi semalam.

Namun, kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang oleh pemilik kedai runcit berkenaan tidak akan melepaskan mereka kerana wajah-wajah jelas kelihatan menerusi rakamannya.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, kedai runcit tersebut didatangi lima individu terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an hingga 40-an.

Menerusi rakaman CCTV yang dimainkan semula, modus operandi mereka didapati mencurigakan.

Menurut pemilik kedai tersebut, salah seorang daripada lelaki terbabit asyik berada di depan kaunter dipercayai bertujuan untuk mengalih pandangan seorang juruwangnya.

Seorang lagi lelaki daripada kumpulan tersebut juga asyik bercakap dengan seorang pembantu kedai di situ atas sebab yang sama, manakala tiga wanita sibuk mencuri barang seperti serbuk perasa, teh, kopi dan makanan ringan.

“Ketiga-tiga wanita terbabit kelihatan memasukkan barang-barang yang dicuri oleh mereka ke dalam beg tangan masing-masing,” kata pemilik kedai tersebut.

Isteri pemilik kedai runcit yang curiga terhadap seorang wanita yang membawa beg tangan yang kelihatan penuh cuba mengarahkannya untuk membuka beg tangannya tetapi gagal.

Sebaliknya, tindakan isteri pemilik kedai runcit tersebut telah membuatnya marah.

Isteri pemilik kedai runcit tersebut hanya berdiam diri sahaja selepas diugut oleh wanita tersebut bahawa dia akan mengundang maut sekiranya dia dipaksa membuka beg tangannya.

Kumpulan lima pencuri tersebut kemudiannya beredar dari situ menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna gelap dan menuju ke arah kawasan perumahan berdekatan.

Pemilik kedai runcit tersebut telah membuat laporan polis dan kes kini dalam siasatan polis.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>