Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Sukan platform eratkan perpaduan masyarakat

$
0
0

SRI AMAN: Sukan bukan sahaja menyihatkan tubuh, malah ia dilihat mampu mengerat perpaduan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat terlibat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata penglibatan masyarakat dalam pelbagai jenis sukan amat penting dalam merapatkan lagi perpaduan antara kaum.

“Penglibatan anggota masyarakat dalam sesuatu aktiviti sukan bukan hanya tertumpu kepada kaum tertentu tetapi terbuka kepada semua kaum.

“Aktiviti sukan yang kita sertai mampu mempertingkat kesihatan diri masing-masing termasuk mengeratkan silaturahim antara peserta yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menutup rasmi Pertandingan Bola Tampar Tertutup Sri Aman anjuran Persatuan Bola Tampar Sri Aman di Stadium Mini Sri Aman malam kelmarin.

“Ramai yang berpendapat penglibatan semua anggota masyarakat dalam bidang sukan bukan hanya untuk suka-suka. Tetapi ramai atlet berjaya mengharum nama negara menerusi kejohanan sukan di peringkat negeri mahupun antarabangsa,” katanya.

Simoi menjelaskan, berikutan penglibatan lebih ramai anggota masyarakat dalam sukan, kerajaan mempertingkat lagi infrastruktur sukan bagi kemudahan atlet mempersiapkan diri menyertai acara sukan yang lebih besar.

Hadir sama pada majlis penutupan pertandingan berkenaan, Pengerusi Persatuan Asmawi Endra.

Pada pertandingan berkenaan, johan  disandang oleh pasukan 13 RAMD Kem Pakit, naib johan, pasukan Kelab Bola Tampar Sri Aman 1 dan tempat ketiga disandang oleh Kelab Bola Tampar II.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>