SIBU: Keharmonian dan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia khususnya di Sarawak harus dipertahan dengan segala cara, kata Presiden Island Club Sibu Datuk Dr Soon Choon Teck.
Tambah beliau, semangat perpaduan tinggi dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa membolehkan semua masyarakat hidup dalam aman dan harmoni.
“Kini tiba perayaan Krismas, seperti mana-mana agama atau kepercayaan lain, Krismas adalah masa berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain, terutama mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.
Katanya, tanpa semangat perpaduan semua kaum, rakyat pasti tidak akan dapat menikmati persekitaran aman dan harmoni seperti hari ini.
Supretendent of Methodist Children Home Sibu Yong Kie Ho turut bersama beliau pada masa itu.
Sementara itu, Island Club Sibu telah menyumbang RM500 kepada Methodist Children Home Sibu semalam.