Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Wanita negara ini dapat layanan baik

$
0
0

SRI AMAN: Kaum wanita perlu bersyukur memandangkan kerajaan sedia ada mengambil berat mengenai hak mereka dalam pelbagai aspek tanpa berlakunya sebarang diskriminasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri  berkata layanan kerajaan kepada kaum wanita negara ini adalah baik berbanding wanita negara-negara Timur Tengah.

“Wanita negara ini tidak akan jumpa kelebihan ini di negara-negara Timur Tengah atau negara sedang membangun lain.

“Justeru, semua kaum wanita perlu mengambil kelebihan ini bagi memajukan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Titian Wanita Bestari dan Majlis Penutupan Program Pengupayaan dan Pemerkasaan Wanita ‘Kemahiran Membuat Kek dan Jahitan di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Program anjuran bersama Pejabat Residen Sri Aman, Jabatan Perpaduan Sri Aman, Majlis Daerah Sri Aman, MAKSAK Wanita Sri Aman dan Skuad Elite Jiran Wanita Sri Aman.

Selain itu Simoi berharap kaum wanita lebih rajin mempelopori pelbagai jenis bidang keusahawanan.

“Wanita harus bijak mengeksploitasi peluang keusahawanan yang terbentang di depan mata kerana ia merupakan satu-satu cara mempertingkatkan taraf ekonomi masing-masing,” kata beliau.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>