Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Sambutan Hari Wanita akan menampilkan pelbagai kelainan

$
0
0

DILANCARKAN: Fatimah menunjukkan sampel buku ‘Sarawak
Women In Business… Their Stories’ yang akan dilancarkan pada
Hari Wanita 2013 pada 28 September di BCCK.

KUCHING: Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri yang diadakan pada 28 September ini akan menampilkan pelbagai kelainan termasuk dari segi pameran kepada orang awam.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, pada pameran kali ini ia akan menggambarkan wanita dalam pelbagai bidang di negeri ini.

“Antaranya wanita dalam bidang penyelidikan yang mana sebelum ini kita tidak masukkan dalam pameran Hari Wanita.

“Kita menyedari bahawa kini ramai di kalangan penyelidik kita terdiri daripada golongan wanita dan penulis, perkara ini yang kita akan ketengahkan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan jawatankuasa sambutan Hari Wanita Peringkat Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu Setiausaha Tetap Kementerian Rodziah Morshidi berkata konsep pameran Hari Wanita pada kali ini mengikut evolusi perkembangan penglibatan wanita.

“Barisan permulaan pameran dimulakan dengan penglibatan wanita dalam bidang pertanian tradisional, diikuti pemprosesan makanan kepada bidang pengeluaran.

“Selepas itu terus kepada bidang perkhidmatan seperti perhotelan dan restoran, wanita dalam perkhidmatan telekomunikasi, penyelidikan dan pendidikan, usahawan (konvensional dan online) serta dalam bidang sukarelawan,” tegasnya.

Tambah Rodziah, sehingga kini daripada 100 ruang pameran yang disediakan, 27 daripadanya masih tinggal dan mereka yang berminat boleh tampil menghubungi jawatankuasa pengelola.

Selain daripada pameran, aktiviti sampingan turut diadakan di venue yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) seperti tarian, nyanyian, pertunjukan fesyen dan pemeriksaan kesihatan.

Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri yang bertemakan ‘Wanita Sarawak Menyusuri Denai Pasca-Kemerdekaan’ akan dirasmikan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 September ini di BCCK.

Mengulas lanjut mengenai acara, Fatimah berkata, dianggarkan lebih 3,000 jemputan daripada pelbagai lapisan akan hadir.

Pada masa yang sama, acara perasmian pada jam 10.30 pagi itu juga akan menyaksikan pelancaran buku bertajuk Sarawak Women In Business…

Their Stories serta penyerahan beberapa anugerah termasuk Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib 2013.

Hadir sama Menteri Muda Pendidikan Awal Kanakkanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>