Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Peta Malaysia gergasi sempena Hari M’sia berjaya disiapkan

$
0
0

REKOD: Mohd Mustafa (baju hitam, tengah) bersama sebahagian daripada 191 pelajar PISMP Pendidikan Sejarah bersorak gembira selepas peta gergasi Malaysia yang disiapkan mereka mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record ketika ditemui di Jitra, semalam. — Gambar Bernama

JITRA: Sekumpulan bakal guru daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra berjaya membina Peta Malaysia Gergasi menggunakan lebih 240,000 gumpalan kertas akhbar lama.

Kejayaan menghasilkan peta itu bagi memperingati Hari Malaysia ke-50 tahun hari ini dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai peta gergasi di Malaysia.

Pengarah projek, Nurathirah Shamsuddin Samya, 20, berkata projek bertemakan ‘Malaysiaku Jubli Emas’ ini tercetus hasil perbincangan bersama-sama 27 anggota bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menyambut Hari Malaysia iaitu sebahagian daripada sambutan bulan kemerdekaan negara.

“Orang hanya tahu 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan tetapi tidak tahu mengenai pengertian 16 Sept. Sebab itu kami mahu memupuk semangat patriotik dan nasionalisme di kalangan warga kampus dan masyarakat di luar,” katanya.

Nurathirah berkata 191 orang terbabit dalam projek itu untuk menyiapkan peta berukuran 150 meter x 50 meter menggunakan 63,369 gumpalan akhbar lama warna biru, 60,231 (merah), 59,673 (putih) dan 21,611 (kuning) dengan kos RM6,000.

“Dua bulan kami nak siapkan peta ini tetapi bagi menyusunnya di atas padang hanya mengambil masa satu setengah hari dan siap disusun Jumaat lepas,” katanya yang risau menghadapi dugaan seperti hujan. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>