Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Lima lelaki ditahan kerana disyaki terbabit judi Internet

$
0
0

MIRI: Polis di sini berjaya menahan lima lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun selepas disyaki terbabit dalam perjudian Internet secara haram.

Kesemua mereka ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada jam 12.30 pagi semalam di tingkat satu, sebuah bangunan rumah kedai di Jalan North Yu Seng, di sini.

Dalam serbuan tersebut yang diketuai oleh Inspektor Koay Kok Ping bersama anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), polis turut merampas 23 unit komputer dan wang tunai bernilai lebih RM500.

Daripada tiga yang ditahan dipercayai pelanggan pusat komputer berkenaan, manakala dua lagi adalah pekerja di premis tersebut.

Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Pusat di sini untuk siasatan lanjut polis.

Menurut sumber, premis tersebut telahpun beroperasi kira-kira sebulan lepas.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>