Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

90 pemain enam agensi sertai badminton anjuran Triekenens

$
0
0

JUARA: Kr Irwan Zulkarnain Hasbie (lima kanan) menerima trofi kejohanan bagi mewakili MBKS dari Lo. Turut kelihatan Ting (lima kiri).

KUCHING: Seramai 90 pemain badminton dari enam agensi mengambil bahagian pada Kejohanan Badminton Inter-Agency anjuran Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, baru-baru ini.

Enam agensi tersebut ialah Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd Ting Ching Zung, objektif utama pertandingan itu adalah untuk memupuk hubungan lebih erat di antara agensi-agensi terlibat melalui aktiviti sukan dan rekreasi.

“Ini merupakan peluang besar bagi semua yang terlibat untuk berinteraksi antara satu sama lain di luar waktu bekerja.

“Ini juga usaha Trienekens untuk menggalakkan bukan sahaja persekitaran yang bersih dan sihat, tetapi juga gaya hidup sihat melalui acara sukan dan rekreasi,” katanya.

Pada kejohanan yang dirasmikan oleh Pengerusi MPP Kr Lo Khere Chiang tersebut, penonton menyaksikan aksi hebat pemain-pemain yang penuh semangat.

Pasukan-pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A yang diwakili oleh Trienekens, DBKU dan JAS, manakala Kumpulan B pula diwakili oleh NREB, MBKS dan MPP.

MBKS meraih tempat juara diikuti dengan Trienekens di tempat kedua.

Kedua-dua pasukan membawa pulang trofi manakala peserta lain turut diberi pingat dan hadiah-hadiah cabutan bertuah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>