Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Sistem keadilan syariah ke peringkat antarabangsa

$
0
0

Ia bagi mempromosikan dan memperjelaskan undang-undang syariah di serata dunia

KUCHING: Sistem keadilan yang diguna pakai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kini diperkenalkan di peringkat antarabangsa.

Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, usaha itu bagi mempromosikan dan memperjelaskan undang-undang syariah di serata dunia.

“JKSM sedar sudah sampai masanya enakmen ini dibawa ke peringkat antarabangsa sekurang-kurangnya untuk mengubah persepsi di kalangan masyarakat barat bahawa sistem keadilan di mahkamah syariah adalah yang terbaik dan dapat dibawa sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Peranan dan Sumbangan Institusi Kehakiman Syariah Malaysia di Peringkat Antarabangsa’ pada Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Ke-15 di Hotel Four Point di sini semalam.

Naim memberitahu, usaha mempromosikan undang-undang Islam yang diguna pakai di semua Mahkamah Rayuan, Tinggi dan Rendah Syariah di negara ini di bawah JKSM dijalankan secara berterusan.

“Ini kerana kebanyakan masyarakat barat mempunyai bahan yang terhad sekali gus menyebabkan mereka kurang memahami dan salah anggap tentang pelaksanaan sistem kehakiman syariah.

“Oleh itu, perkongsian Kodifikasi Hukum Islam di Malaysia selain pengenalan produk BSK menerusi kunjungan dan pembentangan tentang kehakiman syariah di negara-negara luar giat dijalankan bagi memperbetulkan persepsi ini,” jelasnya.

Dalam usaha memperkasakan hubungan antarabangsa, beliau mencadangkan agar JKSM mewujudkan bahagian atau sekretariat khusus dalam hubungan antarabangsa.

Menurutnya, pegawai JKSM juga perlu ditingkatkan penguasaan bahasa selain membuat penelitian dan mengemas kini konsep pembangunan dan penyelidikan di JKSM.

“Malah, pemantauan juga perlu dilakukan bagi memastikan kesinambungan hubungan kerjasama di antara JKSM dengan agensi atau pihak dari luar negara,” ujarnya.

Persidangan yang disertai 383 pegawai syariah itu turut dihadiri 21 perwakilan delegasi dari Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>