Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Usaha SGM anjur Larian Keamanan harus dicontohi NGO lain

$
0
0

KUCHING: Usaha Soka Gakkai Malaysia (SGM) mempromosikan keamanan sejagat menerusi penganjuran Larian Keamanan harus dicontohi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata keamanan bukanlah perkara yang mudah dicapai akan tetapi semua usaha ke arah mencapainya adalah sesuatu yang tidak mustahil.

“Melalui larian yang kita sertai hari ini, ia adalah bukti yang tidak mustahil untuk kita membina budaya keamanan dalam masyarakat.

“Kehadiran lebih 2,500 pelari keamanan hari ini jelas memberitahu kita bahawa keamanan perlu bermula daripada masyarakat sendiri,” katanya ketika merasmi dan melepaskan peserta Larian Keamanan 2013 di sini semalam.

Larian Keamanan anjuran SGM itu melibatkan laluan sepanjang  lapan kilometer di sekitar bandar raya ini.

Program itu dianjurkan sempena sambutan September Bulan Keamanan SGM yang disambut di seluruh negara.

Larian Keamanan yang turut mendapat sokongan penuh daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mewujudkan suasana budaya keamanan.

Sementara itu Setiausaha merangkap Pegawai Perhubungan Awam SGM Cawangan Sarawak Tay Thing Swee dalam ucapan aluannya berharap kempen kesedaran itu akan mendapat impak positif daripada masyarakat.

“Ini bukan acara persaingan kerana tujuan sebenar kami adalah untuk memberi peluang kepada peserta untuk berkumpul, bergembira, bergaul serta berkenalan antara satu sama lain di samping dapat mewujudkan nilai persahabatan yang baharu.

“Selain itu, saya menyasarkan respons yang baik daripada  warga kota agar mengekalkan hidup harmoni dan keamanan di negara kita,” katanya.

Salah seorang peserta larian yang berasal dari England Karen Goold-Davies, 52 ketika ditemui memberitahu bahawa beliau amat berbesar hati untuk menyertai larian tersebut.

“Budaya masyarakat di sini sangat cantik dan saya sangat bertuah kerana berpeluang tinggal di negari yang cukup harmoni dan aman ini.

“Walaupun saya bukan warganegara Malaysia, tetapi hari ini saya berbangga menyertai warga kota yang lain dalam aktiviti larian keamanan seumpama ini,” katanya kepada pemberita.

Pihak DBKU telah mengetuai acara memanaskan badan serta persembahan tarian oleh ahli SGM sendiri sebelum para peserta larian dilepaskan untuk berlari.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>