Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pelajaran dan mengetepikan mental subsidi penting untuk anak Iban terus maju

$
0
0

SIBU: Bidang pelajaran dan mengetepikan mental subsidi yang terlalu bergantung kepada kerajaan sahaja mampu mengangkatkan anak Iban di negeri ini untuk terus maju.

Panglima 9 Briged Infrantri Malaysia Brigedier Jeneral Muhammad Daniel Abdullah berkata anak-anak Iban jangan sekali-kali mengabaikan kepentingan pelajaran dan ibu bapa pula hendaklah bersedia berkorban baik dari segi masa mahupun wang ringgit jika mahu anak-anak mereka maju dalam pelajaran.

“Tanpa pelajaran, saya tidak berada dalam kedudukan sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Salasilah Keluarga Paran di Rumah Ambrose Kilang, Skim Skuau di sini, malam kelmarin.

Rumah panjang itu adalah tempat asal Daniel.

Hadir sama isteri beliau, Rashidah Hashim dan dua anak mereka serta anggota keluarga sebelah isterinya dari Semenanjung Malaysia.

Daniel mengambil alih tugas sebagai Panglima 9 Briged daripada Datuk Stephen Mundaw yang kini mengikuti kursus ketenteraan di Amerika Syarikat.

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh dan ADUN Ngemah Alexander Vincent menyerikan lagi majlis berwarna-warni dan meriah itu.

Sambil menzahirkan rasa bangga kerana ramai rakyat Sarawak dan anak-anak Iban menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau berkata, untuk maju juga masyarakat Iban harus mengikis perasaan hasad dengki dan jangan mudah lupa asal-usul mereka.

“Sungguhpun agama membeza-bezakan kita, namun saya tetap orang Iban. Saya bangga sebagai seorang Iban.

“Walaupun meninggalkan Sarawak selama 38 tahun kerana tugas, namun saya tidak lupa bahasa Iban dan jangan pula disebabkan agama kita berpisah,” katanya yang masih fasih bercakap Iban pada majlis itu.

“Kita bangsa Iban, bangunlah. Atas sebab itu saya menggesa supaya anak-anak Iban mengutamakan pelajaran jika mahu maju,” tegasnya sambil menzahirkan rasa gembira kerana masih mendapat sokongan penduduk rumah panjang sungguhpuh lama meninggalkan kampung halaman.

Daniel berkata, walaupun berasal dari Skuau namun beliau berkhidmat untuk rakyat dan negara sebagai Panglima 9 Briged Tentera Malaysia.

Turut hadir Datuk Kapten (B) Roseley Omar serta isterinya, Penghulu Datin Dayang Fatiyah Tun Salahuddin, Pegawai Daerah Selangau Wan Akil Ahmad Bujang dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228