KUCHING: Seramai 27 bayi merdeka dilahirkan di Kuching setakat jam 5 petang semalam.
Jururawat Staf Wad Bersalin Hospital Umum Sarawak (HUS) Kulam Ali berkata pihaknya menyambut kelahiran bayi pertama berbangsa Melayu seberat 2.59 kilogram pada jam 12.16 tengah malam sejurus negara meraikan ulang tahun kemerdekaan.
27 bayi merdeka dilahirkan di Kuching Seramai 25 bayi telah dilahirkan di HUS dan 13 daripadanya adalah bayi lelaki manakala 12 daripadanya merupakan bayi perempuan.
Sementara itu, seorang ibu melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.26 kilogram di Hospital Pakar Kuching.
Candida Entri melahirkan anaknya secara normal pada jam 6.10 pagi semalam.
Seorang ibu, Zoe Lau Tien Fei melahirkan bayi lelaki seberat 3.10 kilogram secara pembedahan pada jam 1.27 tengah hari semalam.
Tiada rekod kelahiran dicatatkan di Pusat Perubatan Pakar Normah dan Pusat Perubatan Timberland.