Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Syiah: Terus ambil tindakan jika ada laporan, kata Mukhriz

$
0
0

ALOR SETAR: Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kini boleh terus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dilaporkan terlibat dengan ajaran Syiah, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata, tindakan tegas boleh diambil setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah bagi membolehkan penguatkuasaan dijalankan untuk membanteras ajaran Syiah di negeri ini, Selasa lepas.

Katanya, jika sebelum ini pihak berkuasa agak serba salah untuk bertindak walaupun seseorang itu secara jelas menyebarkan ajaran Syiah, tetapi kini dengan enakmen baharu itu, tindakan yang khusus boleh diambil terhadap mereka.

“Kalau ada sebarang laporan (mengenai Syiah) yang dibuat, maka dengan lulusnya enakmen ini tindakan akan terus diambil. Saya kira sebenarnya mereka (JAIK) pun dah terima laporan sebelum ini.

“Mungkin (JAIK) boleh ambil tindakan berdasarkan laporan sebelum ini,” kata Mukhriz kepada pemberita selepas melepaskan sekumpulan peserta Kayuhan Merdeka Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu, di perkarangan Wisma Darul Aman di sini semalam.

Keputusan meluluskan undang-undang itu dibuat menerusi undian pada hari ketiga Persidangan DUN Kedah Ke-13 di sini (Selasa) setelah pihak pembangkang secara prinsip tidak setuju dengan pindaan enakmen berkenaan.

Dalam undian belah bahagi yang difahamkan kali pertama dalam DUN Kedah itu, 21 wakil rakyat menyokong usul supaya enakmen ber-kenaan diluluskan manakala sembilan membantah, empat berkecuali dan dua tidak mengundi. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>