Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Lelaki cedera selepas jatuh tingkat tiga flat

$
0
0

SIBU: Seorang lelaki mengalami patah tulang selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah flat kediaman di Sibu Jaya pada jam 8.30 malam kelmarin.

Mangsa yang berumur 33 tahun kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu.

Kedua-dua lengan dan tulang di beberapa bahagian badan mangsa didapati patah selain mengalami keretakan tengkorak.

Mangsa dikatakan mengalami pen­darahan dari hidung dan telinganya semasa dihantar ke Hospital Sibu dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 9.15 malam.

Mangsa dipercayai jatuh dalam keadaan meniarap dalam kejadian itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>