Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Taib terima kunjungan perpisahan Acryl dan kunjungan hormat Nancy

$
0
0

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunju-ngan perpisahan daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri di pejabat beliau, Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Acryl yang akan berpindah ke negeri Perak bulan depan, sebelum ini pernah bertugas sebagai timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Siasatan/Per-undangan Bukit Aman dan sebagai pesuruhjaya polis Terengganu.

Turut mengiringi Acryl pagi semalam ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Ahmad Abang Julai, Komander PGA Sarawak Datuk Wan Abdullah Tuanku Said dan Timbalan Ketua Cawangan Khas Sarawak ACP Clarence Rorote.

Manakala kunjungan Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong adalah untuk memberi penerangan berhubung portfolio beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, kunjungan tersebut juga bertujuan memperkenalkan Setiausaha Politik Nancy Mohd Kamaluddin Effendie serta pegawai-pegawai yang bertugas bersama beliau di Putrajaya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>