Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Bot catamaran disediakan bagi delegasi hadiri persidangan, mesyuarat di BCCK

$
0
0

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) akan menyediakan sebuah bot catamaran bagi para delegasi menghadiri persidangan atau mesyuarat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, Kuching mempunyai sungai (Sungai Sarawak) yang cantik dan oleh itu bot catamaran tersebut merupakan salah satu kaedah yang unik untuk para delegasi menghadiri sesuatu acara dengan menggunakan pengangkutan air selain jalan raya.

“Para delegasi nanti boleh pergi ke BCCK menggunakan sama ada pengangkutan air atau jalan yang merupakan keunikan yang berlainan daripada tempat lain,” ujar Abang Johari ketika ditemui semasa kunjungan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di pejabat Tourism Malaysia semalam.

Menurutnya, ia merupakan salah satu projek dalam pelan pembangunan pelancongan di kawasan warisan di sini yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030.

“Bot tersebut bernilai RM1.5 juta dan mampu memuatkan seramai 70 orang.

“Ia juga dilengkapi dengan kemudahan untuk bermesyuarat dan akan berlabuh berhampiran Hotel Grand Margherita,” jelasnya.

Bot tersebut akan mula beroperasi pada bulan depan dan akan menjadi salah satu tarikan selain kawasan warisan dan jambatan Golden Bridge nanti.

“Pada masa yang sama, kami juga telah menempah dua bot khas menggunakan bateri dan mesra alam yang dapat memuatkan lapan orang untuk kegunaan para pelancong.

“Ia bergerak dengan senyap dan dapat dicas selama 30 minit di punca-punca elektrik di sepanjang Tebingan Ku-ching untuk kegunaan selama lapan jam,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa kerajaan kini sedang menjalankan kajian pelancongan kawasan pesisir dan pedalaman dalam usaha memelihara serta menaik taraf infrastruktur di empat kawasan taman negara di situ.

“Sarawak mempunyai empat taman negara yang ter-kenal dan kajian ini bertujuan melihat kesan pembangunan terhadap alam sekitar dan sosial di situ nanti.

“Sebagai contoh, saya kurang setuju dengan cada-ngan pembinaan jalan yang menghubungkan Taman Negara Bako kerana berkemungkinan akan merosak-kan taman negara tersebut akibat kemasukan para pelancong yang ramai dan tidak terkawal,” jelas Abang Johari.

Menurutnya, kajian tersebut dijalankan bersama Unit Perancangan Negeri (SPU) dan dijangka akan siap pada tahun depan.

“Kajian pelancongan kawasan pesisir adalah me-rangkumi kawasan Sematan, Lundu, Teluk Melano, Bau dan Semenanjung Santubong manakala kajian pelancongan kawasan pedalaman akan melibatkan kawasan Bakun.

“Melalui kajian tersebut nanti, kita akan mengetahui potensi kawasan tersebut sebagai kawasan pelanco-ngan di samping mempunyai program pembangunan pelancongan yang teratur dan terancang menjelang tahun 2030,” katanya.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa pelan cadangan untuk menyedia-kan perkhidmatan pesawat ringan amfibia akan tetap diteruskan dan perbinca-ngan mengenainya masih dilakukan dengan pihak MASwings.

“Pihak MASwings mungkin akan menukar salah sebuah pesawat ringan lamanya untuk menjadi pesawat amfibia selepas pembelian pesawat ringan baharu dibuat nanti,” jelas Abang Johari.

Bagi menambah kemudahan untuk para pelancong di sini, beliau juga akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan untuk menempatkan beberapa set skrin sentuh yang menunjukkan peta serta kawasan tarikan di kawasan Kuching nanti.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>