Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Lima pelajar cedera apabila gas dapur mudah alih meletup

$
0
0

SEREMBAN: Lima pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri di sini melecur di tangan apabila gas dapur mudah alih yang digunakan mereka untuk memasak sempena Hari Kantin Sekolah meletup pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.

40 pagi itu, pelajar berkenaan dikatakan sedang cuba ‘menghidupkan’ dapur itu apabila ia tiba-tiba meletup dan apinya menyambar mereka.

Kesemua mereka dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini dan keadaan mereka dilaporkan tidak serius.

Pihak bomba dan penyelamat yang menerima panggilan berhubung kejadian itu menghantar dua jentera bersama 17 anggota dari balai Seremban dan Seremban 2 serta pasukan forensik.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Johari Ahmad yang ditemui di tempat kejadian berkata ketika pihaknya sampai, api telah dipadamkan manakala para pelajar berkenaan telah dikejarkan ke hospital.

Beliu berkata, siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada gas dapur mudah alih yang meletup.

Sementara itu Pengarah Pelajaran Negeri Kalsom Khalid berkata, beliau telah mengarahkan semua aktiviti berkaitan memasak di sekolah itu dihentikan serta-merta.

“Saya telah meminta semua pelajar hanya menjalankan aktiviti yang tiada kaitan dengan masak-memasak.

Guru-guru akan memantau sehingga program ini selesai pada hari ini (semalam).

“Kita akan menunggu laporan lengkap kejadian daripada pihak bomba dan juga polis sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata lima orang pelajar terbabit masih berada di hospital sementara menunggu rawatan dan pengetua mereka akan ke hospital untuk berjumpa mereka dan ibu bapa mereka.

“Dalam hubungan itu, keselamatan adalah perkara utama yang kita harus ambil kira.

Untuk itu kita akan teliti semula untuk membenarkan aktiviti memasak semasa Hari Kantin Sekolah dan sebagainya supaya perkara ini tidak akan berulang lagi.  — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228